TEBRAU | 8 Ogos 2024: Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang iaitu Tuan Haji Zuraimi bin Khamis dan Encik Zainal Abidin bin Abu Bakar serta Hajah Rap’enah binti Ali selaku Ahli Majlis Zon Kota Masai 3 telah menyantuni empat individu sakit kronik di sekitar Taman Kota Masai. [ INDIVIDU PERTAMA ] Tuan Mah binti Raja Yaacob, 51, menghidap diabetes dan buah pinggang bocor. Beliau pernah melakukan pembedahan di bahagian tumit kaki akibat jangkitan kuman pada tahun 2018. Kini, beliau telah menjalani rawatan dialisis sejak bulan Jun 2024 dan masih lagi dalam prosess pemulihan. [ INDIVIDU KEDUA ] Hamidah binti Musa, 41, menghidap sakit Wagner’s Granulomatosis. Puan Hamidah telah melakukan kimoterapi sebanyak dua kali dan menggunakan tiub trakea untuk bantuan pernafasan. Kini, beliau hanya perlu mengambil ubat dan menjalani rawatan susulan di hospital. [ INDIVIDU KETIGA ] Kartini binti Yahya, 42, mengalami jangkitan kuman pada paru-paru sejak Julai 2024. Beliau juga mempunyai diabetes serta mengalami luka dibahagian belakang badan akibat terlantar sahaja selama 3 bulan. Puan Kartini juga pernah ditidurkan kerana kadar oksigen di dalam badan menurun. Kini, keadaan beliau boleh berjalan tetapi masih lagi dalam prosess pemulihan. [ INDIVIDU KEEMPAT ] Suzie Liana binti Ahmad, 42, mengalami kecederaan dibahagian tulang belakang badan. Kecederaan berlaku akibat beliau terlibat dalam kemalangan pada 9 Julai 2022. Kini, keadaan beliau tidak boleh bergerak kerana lumpuh anggota badan di bahagian bawah perut hingga ke kaki. Yayasan Pasir Gudang mendoakan agar mereka diberikan kesembuhan dan kuat untuk menjalani kehidupan seharian. 🔥 Ikuti kami di @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini. #YayasanPasirGudang #ypgprihatin