Berita baik buat semua warga penduduk Pasir Gudang✨📣,
Baru-baru ini, Binary University of Management and Entrepreneurship telah berkerjasama dengan Yayasan Pasir Gudang melancarkan sebuah Biasiswa Perpaduan MyBinary (MyBinary Unity Scholarship) kepada 1,000 orang pelajar ✨ yang berkeinginan melanjutkan pengajian ke menara gading.
Majlis pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi.
Oleh demikian, Yayasan Pasir Gudang menyeru agar semua penduduk warga Pasir Gudang yang mempunyai anak-anak lepasan SPM, masih menduduki SPM ataupun ingin melanjutkan pengajian dalam peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda untuk menggunakan peluang keemasan ini dengan memohon bantuan Biasiswa Perpaduan MyBinary yang disediakan oleh pihak Binary University of Management and Entrepreneurship.
Terdapat pelbagai program-program yang ditawarkan oleh Binary University yang boleh dimanfaatkan oleh pelajar-pelajar mengikut minat masing-masing iaitu :
🔸 Sarjana Muda (Kepujian) Akauntan + CPA (Australia) + Asas Seni
🔸 Sarjana Muda (Kepujian) Pengurusan Perniagaan + Asas Seni
🔸 Sarjana Muda (Kepujian) Sains Komputer + Asas Seni
🔸 Sarjana Muda (Kepujian) Pengurusan Teknologi + Asas Seni
🔸 Sarjana Muda (Kepujian) Pemasaran +Asas Seni
🔸 Sarjana Muda (Kepujian) Keusahawanan + Asas Seni
🔸 Diploma Komputer dan Pengurusan
Untuk makluman, cara-cara permohonan Biasiswa Perpaduan MyBinary boleh dilakukan menerusi :
1. Imbasan QR Code yang disediakan (Poster)
atau
2. Secara atas talian melalui pautan pendaftaran di bawah:
https://binary.edu.my/mybus/
Dalam masa yang sama, bagi para ibu bapa yang ingin mendapatkan nasihat mengenai langkah-langkah betul mengenai permohonan Biasiswa Perpaduan MyBinary yang ditawarkan ini buat anak-anak mereka, Ibu Bapa juga boleh berhubung terus kepada Yayasan Pasir Gudang atau Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Gudang bagi membantu ibu bapa untuk proses permohonan secara atas talian di laman portal Binary University.
Sebagaimana yang kita ketahui, Yayasan Pasir Gudang dan PPD Pasir Gudang komited membantu menyalurkan nama-nama pelajar lepasan SPM yang berminat melanjutkan pengajian ke Universiti kepada pihak Binary University untuk diterima sebagai salah satu daripada 1,000 orang pelajar yang berpeluang memperoleh Biasiswa Perpaduan MyBinary.
Selain itu, pihak kami berharap pelajar-pelajar yang memohon terutama daripada keluarga yang kurang berkemampuan mendapatkan Biasiswa ini sekaligus melihat anak-anak mereka berjaya di menara gading dapat direalisasikan.
Sekiranya masih terdapat permasalahan mengenai butiran yang diperlukan untuk permohonan Biasiswa Perpaduan MyBinary, boleh menghubungi :
🔹Pejabat Binary University : 03-8070-6590
#MyBinaryUnityScholarship
#BinaryUniversity
#YayasanPasirGudang
#BiasiswaPenuhBersyarat
#selangkahkemenaragading

