Detik Permulaan
Yayasan Pasir Gudang

Berlandaskan semangat kebersamaan dan keprihatinan, Yayasan Pasir Gudang komited menyantuni komuniti serta membuka peluang ke arah kehidupan yang lebih sejahtera.

Detik Permulaan

2013

Yayasan Pasir Gudang telah ditubuhkan pada 03 Oktober 2013 dibawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 [Akta 258] oleh YB Datuk Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Besar Johor (ketika itu). 

Tujuan utama Yayasan Pasir Gudang ditubuhkan adalah untuk membasmi kadar kemiskinan di kawasan Pasir Gudang. 

Mewujudkan sebuah Yayasan bagi menggalakkan syarikat-syarikat industri terutamanya di sekitar kawasan Perindustrian Pasir Gudang yang berminat untuk sama-sama melaksanakan tanggungjawab korporat sosial (CSR) dengan menyumbang dana dari sebahagian keuntungan syarikat masing-masing ke satu badan yang berdaftar. 

Dana yang diterima akan disalurkan kepada mereka yang memerlukan mengikut kelompok atau kluster yang telah ditetapkan seperti Pendidikan, Kebajikan, Keceriaan dan Kesejahteraan, Kesihatan dan Ekonomi. Penerima menerima pelbagai bentuk sumbangan sama ada dari segi wang ringgit, keperluan harian atau melalui program-program yang dianjurkan oleh pihak Yayasan Pasir Gudang.

Rakan Strategik

Kebaikan lebih di nikmati dengan sokongan daripada syarikat yang ingin bekerjasama dalam menghulurkan sumbangan dan bantuan kepada masyarakat di Pasir Gudang.

Oleh yang demikian,  Yayasan Pasir Gudang sentiasa menjalinkan hubungan kerjasama pelbagai sektor yang sesuai dengan kluster tumpuan kami iaitu Pendidikan, Ekonomi, Kemahiran dan Keusahawanan, Kesihatan, Kebajikan, Keceriaan dan Kesejahteraan. Program dan bantuan yang di rancang perlu memberikan impak untuk kepentingan komuniti Pasir Gudang.

Yayasan Pasir Gudang berterima kasih kepada mereka yang telah bersama-sama kami menyumbang wang ringgit, tenaga dan material bagi menjayakan hasrat murni ini.

Ringankan Tangan, Hulurkan Bantuan

Sumbangan anda sedikit sebanyak dapat membantu meringankan tanggungan dan bebanan yang dipikul oleh golongan yang kurang berkemampuan bagi kawasan sekitar Pasir Gudang dan kawasan Parlimen Tebrau.

Senarai Bantuan yang Dibuka

Semak senarai bantuan yang sedang dibuka untuk permohonan. Setiap inisiatif dirangka bagi menyokong golongan yang memerlukan dalam aspek pendidikan, kebajikan dan pemerkasaan ekonomi demi kesejahteraan komuniti Pasir Gudang.

Bersama Membina Masa Hadapan

Dengan semangat kebersamaan, kami menggalakkan sumbangan dan sokongan daripada semua pihak untuk membantu mereka yang memerlukan. Setiap bantuan yang disalurkan bukan sekadar meringankan beban, malah menjadi langkah penting dalam membina masa depan yang lebih cerah dan bermaruah.

Scroll to Top