Projek mengupayakan komuniti yang mempunyai kemahiran dalam bidang jahitan agar dapat menjanan pendapatan dan meningkatkan taraf kehidupan. Antara Pusat Jahitan Komuniti :
Pusat Jahitan Komuniti Taman Rinting
Pusat Jahitan Vimkrish Tailoring House
Pusat Jahitan Komuniti ini ditubuhkan adalah sebagai satu usaha Yayasan Pasir Gudang dalam membantu golongan sasar yang mempunyai kemahiran dan teknikal yang baik dalam menjahit tetapi tidak mempunyai kelengkapan peralatan menjahit dengan menyediakan tempat dan peralatan menjahit percuma kepada mereka yang terlibat.
Antara jenis-jenis jahitan yang ditawarkan di pusat jahitan komuniti taman rinting adalah jahitan pakaian wanita, jahitan pakaian lelaki, jahitan baju dan seluar, penukaran zip, tempahan langsir dan juga potongan jubah.
manakala untuk pusat jahitan vimkrish tailoring house menawarkan sare drapping and pre pleating dan juga tempahan untuk baju tradisional wanita india