Kluster
Pendidikan

Terokai pelbagai program pendidikan yang disediakan oleh Yayasan Pasir Gudang bagi menyokong perkembangan pelajar serta membuka peluang pembelajaran yang lebih luas kepada komuniti.

Bantuan Kemasukan IPTA/S YPG

Pemberian sumbangan kewangan bagi setiap pelajar yang berjaya menyambung pengajian di peringkat Diploma atau Ijazah Pertama ke IPTA/IPTS, mempunyai 4 fasa setiap tahun.

Bantuan Khas Pendidikan

Pemberian bantuan dari segi perbelanjaan pendidikan kepada pelajar yang kurang berkemampuan bagi meringankan beban kos pembelajaran mereka.

Kelas Tuisyen Rakyat / Bengkel Peperiksaan

Inisiatif yang dilaksanakan bagi membantu pelajar dalam komuniti meningkatkan prestasi akademik mereka menjelang peperiksaan utama, dengan memberi tumpuan kepada penguasaan mata pelajaran teras serta bimbingan intensif bersama tenaga pengajar berpengalaman.

Ringankan Tangan, Hulurkan Bantuan

Sumbangan anda sedikit sebanyak dapat membantu meringankan tanggungan dan bebanan yang dipikul oleh golongan yang kurang berkemampuan bagi kawasan sekitar Pasir Gudang dan kawasan Parlimen Tebrau.

Senarai Bantuan yang Dibuka

Semak senarai bantuan yang sedang dibuka untuk permohonan. Setiap inisiatif dirangka bagi menyokong golongan yang memerlukan dalam aspek pendidikan, kebajikan dan pemerkasaan ekonomi demi kesejahteraan komuniti Pasir Gudang.

Bersama Membina Masa Hadapan

Dengan semangat kebersamaan, kami menggalakkan sumbangan dan sokongan daripada semua pihak untuk membantu mereka yang memerlukan. Setiap bantuan yang disalurkan bukan sekadar meringankan beban, malah menjadi langkah penting dalam membina masa depan yang lebih cerah dan bermaruah.

Scroll to Top