Sumbangan sebanyak 400 keping perisai muka atau face shield kepada Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) diserahkan oleh Encik Nazri Bin Tangis, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang dan Encik Madyasir Bin Ahmad Basir, Ahli Majlis MBPG.
Sumbangan ini bakal diserahkan kepada mahasiswa yang akan mendaftar kemasukan baru dan minggu suai kenal Politeknik Ibrahim Sultan bermula 3 Mac ini. Sumbangan kepada Politeknik Ibrahim Sultan sebagai satu bentuk usaha membendung penularan wabak Covid-19 dalam kalangan siswa sepanjang proses pembelajaran berlangsung kelak.
Pihak Politeknik Ibrahim Sultan diwakili oleh Encik Noor Azmi Bin Asmawi, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PIS dan
Encik Abu Bakar Bin Abdul Hamid, Ketua Jabatan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar PIS.
#PasirGudangPrihatin