#InfoYPG |

Terdapat 5 tahap jangkitan Covid-19 yang perlu kita ketahui iaitu :

1. Tidak menunjukkan sebarang gejala.

2. Bergejala ringan dan tiada radang paru-paru.

3. Bergejala dan mengalami radang paru-paru.

4. Bergejala dan mengalami radang paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen.

5. Bergejala kritikal dan memerlukan rawatan insentif di Unit Rawatan Rapi (ICU)

Oleh demikian, sentiasa patuhi SOP yang telah ditetapkan dan patuhi penjarakan sosial, pakai pelitup muka serta basuh tangan menggunakan sabun atau sanitizer. Kurangkan berada di kawasan luar rumah dan keluar jika perlu sahaja.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top