PASIR GUDANG : Yayasan Pasir Gudang telah selesai menziarahi pesakit kronik mualaf iaitu Encik Daniel di Jalan Tembikai 10, Taman Kota Masai.

Encik Daniel merupakan saudara baru yang memerlukan sokongan sosial dan bantuan daripada pelbagai pihak untuk meneruskan kehidupan beliau selepas memeluk agama islam pada tahun 2010.

Encik Daniel merupakan pesakit kronik yang kehilangan kedua-dua belah kakinya ekoran terlibat dengan satu kemalangan jalan raya beserta jangkitan kuman pada luka yang dialaminya.

Kesan kemalangan mengakibatkan Tapak kaki belah kiri beliau hancur dan terpaksa dipotong sehingga paras bawah lutut semasa rawatan pembedahan dijalankan.

Pada tahun 2021, kaki kanan beliau pula terpaksa dipotong akibat jangkitan kuman pada luka yang diperolehinya ketika terjatuh dari pusat pengangkutan bas di Larkin.

Sebelum ini, beliau telah membuat permohonan kaki palsu di Hospital Sultan Ismail dan permohonan masih dalam proses. Beliau kini hidup berseorangan kerana ibu bapa beliau telah meninggal dunia.

Alhamdulillah, urusan peribadi dan harian telah dibantu oleh keluarga angkat dan jiran tetangga bilik yang berdekatan dengan bilik sewanya.

Encik Daniel telah mengatakan hasrat beliau untuk memiliki kerusi roda yang baru ekoran kerusi roda lamanya yang telah rosak dan kerap kali terjatuh dari bilik airnya.

Yayasan Pasir Gudang merealisasikan hasrat beliau dengan menghulurkan sumbangan kerusi roda baru dan wang ihsan pesakit kronik kepada beliau.

Beliau juga merupakan penerima bantuan daripada JKM dan Baitulmal, MAIJ.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top