| 24 Mac 2022 | Khamis |

TEBRAU : Hari ini Yayasan Pasir Gudang bersama YB Tuan Haji Azizul bin Bachok, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tiram telah melawat kawasan bencana ribut yang berlaku semalam pada 23 Mac 2022 di Sg Tiram.

Ketika lawatan berlangsung, terdapat 9 kediaman mangsa yang terlibat dalam kejadian bencana tersebut dan setiap kediaman mangsa telah mengalami kerosakan yang sangat teruk pada bahagian atap bumbung dan siling rumah.

Yayasan Pasir Gudang juga berkesempatan mensalurkan sumbangan wang ihsan bencana kepada mereka yang diziarahi.

Turut hadir adalah Encik Mohd Afiff bin Mohd Adzhar, Penghulu Mukim Sg Tiram, Encik Mohamad Misri, Ketua Kg Felda Sg Tiram, Baitulmal (MAIJ) dan JKM.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top