Terdapat berita baik buat semua peniaga dan penjaja diluarsana yang ingin berniaga pada bulan Ramadhan yang bakal menjelma tidak lama lagi tetapi tidak berkesempatan memohon tapak bazar ramadhan disebabkan tarikh tempoh permohonan telah ditutup.

Di sini pihak Yayasan Pasir Gudang telah membuka peluang kepada anda untuk mengisi permohonan kekosongan tapak bazar ramadhan anjuran Yayasan Pasir Gudang di kawasan dan lokasi yang terpilih seperti :

1. Jalan Asli 17, Taman Pasir Putih (8 kekosongan)
2. Jalan Intan, Cahaya Masai (15 kekosongan)
3. Tapak Penjaja Jalan Seharum 3, Taman Bukit Dahlia (9 kekosongan)
4. Tapak Penjaja Jalan Sena 10 & Tapak Parkir Masjid, Taman Rinting (13 kekosongan)
5. Tapak Penjaja Sierra Perdana (5 kekosongan)
6. Tempat Letak Kereta Hadapan Depan Dewan Taman Mawar (23 kekosongan)

______________

Bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan tapak bazar ramadhan, boleh hadirkan diri pada 27 Mac 2022 (Ahad) di :

Tempat : Menara Aqabah, Jalan Bandar, Bangunan Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG)

Waktu : 9:00 Pagi – 5:00 Petang

Bayaran : RM 200.00 / Tapak Bazar Ramadhan

_____________

Setiap peniaga dan penjaja yang berminat perlu membawa salinan yang tertera seperti :

1. Salinan Kad Pengenalan
2. Salinan Suntikan ty2
3. Salinan Sijil Kursus Pengedalian Makanan

______________

Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi nombor telefon seperti yang tertera di bawah :

07-2547814 (Pejabat YPG)

Jumlah tapak yang disediakan adalah terhad mengikut kawasan dan lokasi yang telah ditetapkan.

Hanya borang yang lengkap sepenuhnya sahaja akan diproses serta diterima

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top