PASIR GUDANG : Beberapa hari yang lalu di kawasan perumahan Perjiranan 9, Taman Air Biru telah mengalami kejadian bencana ribut dan hujan yang sangat lebat.

Terdapat 3 buah kediaman mangsa yang tidak bernasib baik dalam kejadian ribut tersebut apabila atap di bahagian bumbung kediaman mereka telah mengalami kerosakan serta tercabut ekoran angin ribut yang sangat kuat.

Encik Ed Baela bin Muhalajah, selaku Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang telah menziarahi mangsa-mangsa bencana yang terlibat dan juga turut menghulurkan sumbangan wang ihsan bencana Yayasan Pasir Gudang kepada mereka.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top