| 12 April 2022 | Selasa |

PASIR GUDANG : Hari ini, di Gelanggang Futsal Perjiranan 9, Jalan 9/7, Taman Air Biru telah diadakan program Sumbangan Ramadhan Johor Port Prihatin.

Program ini merupakan kerjasama Johor Port Berhad (JPB) bersama Yayasan Pasir Gudang dalam menjalankan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) untuk membantu meringankan serba sedikit beban golongan yang memerlukan ketika menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan serta membantu persiapan mereka menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Alhamdulillah, seramai 50 orang penerima terpilih telah menerima bantuan bakul makanan dan wang tunai secara ‘one off’ pada hari ini yang telah disampaikan oleh Puan Nor Azyyati Ismail, Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat, Johor Port Berhad. Turut serta Encik Ed Baela bin Muhalajah, Puan Shahriah binti Ismail & Encik Indraputra (Ahli Lembaga Pemegang Amanah YPG)

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top