| 13 April 2022 | Rabu |

TEBRAU : Sesi sumbangan Ramadhan Johor Port Prihatin kepada 50 orang penerima terpilih diteruskan lagi dan kali ini diadakan di Dewan Terbuka Tembikai, Jalan Tembikai 17, Taman Kota Masai.

Program ini merupakan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang dilakukan oleh Johor Port Berhad (JPB) bersama Yayasan Pasir Gudang bagi memastikan bahawa keluarga yang kurang berkemampuan sepanjang menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan dapat dibantu.

Sumbangan bantuan bakul makanan telah disampaikan oleh YB Tuan Haji Azizul bin Bachok, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tiram bersama Puan Nor Azyyati Ismail, Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat, Johor Port Berhad. Manakala sumbangan wang tunai “one-off” akan diberikan secara berperingkat atas talian ke dalam akaun penerima.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top