| 15 April 2022 | Jumaat |

PASIR GUDANG : Program Penyampaian Sumbangan Ramadhan Yayasan Pasir Gudang pada hari ini dilakukan di Dewan Terbuka Jalan Gelam, Taman Rinting dengan kehadiran penerima seramai 110 orang penerima terpilih dari Zon Rinting, Megah Ria dan Kota Puteri.

Setiap penerima telah memperoleh sumbangan bantuan bakul makanan serta wang tunai “one-off” daripada Yayasan Pasir Gudang yang telah disampaikan oleh YB Tuan Haji Baharudin bin Mohamed Taib, Ahli Undangan Negeri (ADUN) Permas.

Majlis juga turut disempurnakan dengan kehadiran Datuk Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Pengerusi Yayasan Pasir Gudang sepanjang program berlangsung.

Turut hadir adalah Encik Indraputra bin Haji Ibrahim, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang dan Encik Mohamed Alhad bin Ngadimon, Ketua Kg Kuala Masai.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top