TEBRAU : Program “Iftar Jamaei, Imarah Tarawih” bersama Datuk Bandar Pasir Gudang kini telah memasuki hari yang ke-6 (17 April 2022) dan kali ini diadakan di Zon Kota Masai 3.

YBhg. Encik Mohd Hafiz bin Aliman, Setiausaha Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) selaku wakil rasmi Datuk Bandar Pasir Gudang telah hadir untuk menyempurnakan program dengan berbuka puasa dan solat maghrib bersama para jemaah di Masjid At-Taqwa, Zon Kota Masai 3.

Disamping itu, YBhg. Encik Mohd Hafiz bin Aliman turut berkesempatan menghulurkan sumbangan bakul makanan Yayasan Pasir Gudang kepada 10 orang penerima terpilih asnaf sepanjang program berlangsung bagi zon tersebut.

Turut serta menjayakan program adalah Puan Tan Geck Hey, Ahli Majlis MBPG (Zon Kota Masai 3) bersama Tuan Haji Herman Irmadi bin Ismail, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top