PASIR GUDANG : Semalam, pada 19 April 2022 telah diteruskan program Penyampaian Sumbangan Ramadhan Yayasan Pasir Gudang kepada penduduk komuniti terpilih Zon Air Biru yang bertempat di Balai Komuniti Haji Sabran Peringkat 1, Taman Air Biru.

YB Tuan Haji Baharudin bin Mohamed Taib, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas telah hadir untuk menyempurnakan majlis dengan menghulurkan sumbangan bakul makanan Yayasan Pasir Gudang dan wang tunai “one-off” kepada penerima terpilih seramai 46 orang.

Turut meraikan program ini adalah Encik Indraputra bin Haji Ibrahim, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top