PASIR GUDANG : Di Dewan Terbuka Taman Mawar Fasa 1 juga turut diadakan program Penyampaian Sumbangan Ramadhan Yayasan Pasir Gudang kepada penduduk komuniti terpilih bagi Zon Mawar pada 19 April 2022, semalam.

Seramai 35 orang penerima telah hadir untuk menerima sumbangan bantuan bakul makanan dan wang tunai secara “one-off” daripada Yayasan Pasir Gudang yang telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Amin bin Ahmad, Ahli Majlis MBPG (Zon Mawar).

Turut serta adalah Tuan Haji Hashim Marsidi, Pengerusi KRT Taman Mawar Fasa 1.

Moga bantuan yang diberikan ini dapat membantu meringankan serba sedikit beban yang dirasai ekoran peningkatan kos sara hidup sepanjang menyambut bulan Ramadhan bersama keluarga.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top