Berita baik buat semua pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM, Yayasan Pasir Gudang akan mengadakan program Tuisyen Online SPM 2022 secara percuma yang akan bermula Mei ini.

Program ini merupakan satu usaha daripada Yayasan Pasir Gudang dalam membantu pelajar-pelajar mengecapi kecemerlangan dalam peperiksaan SPM yang akan tiba dan juga sebagai satu kaedah pembelajaran terkini mengikut arus perkembangan teknologi atau aplikasi.

Kelas Tuisyen atas talian akan bermula dilaksanakan pada 8 Mei 2022 ( Ahad ) mengikut hari, masa dan subjek yang telah ditetapkan iaitu :

1. Hari : Setiap Hari Ahad sehingga Rabu

2. Masa : 8:00 malam sehingga 10:00 malam

3. Subjek : Ahad (Sejarah) | Isnin (Bahasa Melayu) | Selasa (Bahasa Inggeris) | Rabu (Matematik)

4. Aplikasi : Google Meet

———————————————

Pelajar-pelajar yang berminat, boleh mendaftar melalui 2 kaedah :

1. Pendaftaran secara atas talian di Laman Sesawang YPG :
https://yayasanpasirgudang.org.my/tuisyen-online-spm-ypg/

atau

2. Imbas Qr Code di setiap poster yang disediakan untuk pendaftaran.

———————————————

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, boleh menghubungi nombor yang tertera di bawah :

[ Pejabat ] : 07-2517814
[Penyelia] : Zuhair 017-9024045

Bagi pelajar-pelajar yang telah selesai membuat pendaftaran secara atas talian, pihak kami akan menghubungi kelak untuk tindakan selanjutnya.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top