PASIR GUDANG : Pada 23 April 2022 (Sabtu), Yayasan Pasir Gudang bersama Waqaf An-Nur telah selesai melaksanakan program Penyampaian Sumbangan Ramadhan Yayasan Pasir Gudang dan berbuka puasa bersama Waqaf An-Nur di Masjid Jamek Taman Cendana.

Sebelum majlis berbuka puasa dimulakan, sumbangan wang tunai “one-off” telah disampaikan kepada 316 orang penerima terpilih yang terdiri daripada komuniti penduduk kawasan Zon Cendana.

Sesi penyampaian sumbangan telah disempurnakan oleh YB Tuan Haji Baharudin bin Mohamed Taib, selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas dan Timbalan Pengerusi Yayasan Pasir Gudang.

Turut hadir adalah Pengurus Besar Waqaf An-Nur, Tuan Haji Zamri bin Norani, dan Encik Indraputra bin Haji Ibrahim, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top