PASIR GUDANG : Yayasan Pasir Gudang bersama YB Tuan Haji Baharudin bin Mohamed Taib, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas pada 29 April 2022 (Jumaat) telah berkesempatan melawat mangsa kebakaran di kawasan Rumah Pangsa Taman Cendana.

Mangsa kebakaran iaitu Encik Mohd Khairiee bin Mohd Yazid yang tinggal di Tingkat 5, Blok 53, Taman Cendana telah mengalami kejadian kebakaran bermula pada jam sekitar 6:15 pagi pada 29 April 2022.

Selepas pihak berkuasa dan pihak bomba berjaya mengawal situasi kebakaran, hasil siasatan mendapati bahawa punca kebakaran terjadi disebabkan berlakunya litar pintas di bilik kedua rumahnya.

Alhamdulillah, ketika kejadian, kesemua ahli keluarga (isteri dan 2 orang anaknya) tidak mengalami sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa.

Namun begitu, harta dan barang yang terdapat di bilik yang mengalami kebakaran, tidak dapat diselamatkan.

Sumbangan wang tunai ihsan bencana Yayasan Pasir Gudang telah disampaikan oleh YB Tuan Haji Baharudin bin Mohamed Taib kepada keluarga Encik Mohd Khairiee.

Semoga pemberian ini dapat meringankan serba sedikit bebanan keluarga terutama diuji saat di bulan ramadhan dan syawal yang bakal tiba.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top