PASIR GUDANG : Sesi pembelajaran kelas Tuisyen Online SPM 2022 Yayasan Pasir Gudang yang berlangsung pada 16 Mei 2022 (Isnin) bagi mata pelajaran kedua telah berjaya dilaksanakan :

Subjek : Bahasa Melayu

Hari : setiap hari Isnin

Masa : 8:00 malam sehingga 10:00 malam

Aplikasi : Google Meet

Kelas tuisyen atas talian ini merupakan kelas tuisyen percuma yang diadakan pada setiap hari Ahad sehingga Rabu yang akan berlangsung dari bulan Mei 2022 sehingga bulan Januari 2023.

Terdapat 4 subjek teras yang disediakan kepada pelajar-pelajar yang menyertai kelas tuisyen atas talian ini iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, dan Matematik mengikut masa dan hari yang telah ditetapkan.

Bagi pelajar-pelajar yang berminat dan belum mendaftar, pendaftaran boleh dilakukan dengan tekan link yang disediakan :

1. Pendaftaran secara atas talian di laman sesawang YPG :
https://yayasanpasirgudang.org.my/tuisyen-online-spm-ypg/

———————————————

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, boleh menghubungi nombor yang tertera di bawah :

[ Pejabat ] : 07-2517814
[Penyelia] : Zuhair 017-9024045

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top