18 Mei 2022 | Rabu |

PASIR GUDANG : Hari ini, 3 pesakit kronik yang berada di Taman Flora Height dan Kg Sepakat, Masai telah menerima kunjungan ziarah daripada Yayasan Pasir Gudang.

[ Pesakit Kronik : Pertama ]

Dimulakan di Blok 9, Taman Flora Height dengan mengunjungi Encik Abdul Halim bin Khanafee. Sejak bulan Oktober 2021, beliau telah mengalami masalah kesihatan, namun tidak ketahui lebih terperinci jenis sakit yang menimpanya.

Walaupun begitu, pada bulan Februari 2022, doktor pakar mengesahkan bahawa beliau menghidap sakit kanser usus tahap 4.

Disebabkan sakit yang dialaminya, beliau terpaksa menggunakan stoma beg dan lampin pakai buang dewasa sepenuh masa ekoran air ketumbuhan yang akan keluar.

Beliau akan melakukan rawatan radioterapi dan kimoterapi sebanyak 10 kitaran di Hospital Sultan Ismail, HSI.

[ Pesakit Kronik : Kedua ]

Seterusnya bertemu Puan Rohani binti Abdullah di Blok 7, Taman Flora Height yang merupakan ibu tunggal menghidap sakit kencing manis yang kronik.

Pada bulan Mac 2021, kaki beliau terpaksa dipotong dan pembedahan pemotongan kaki telah dijalankan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, HUKM.

Dari segi rawatan cuci luka pula, beliau akan melakukannya secara sendiri di kediaman beliau dengan bantuan daripada anak-anaknya.

[ Pesakit Kronik : Ketiga ]

Lawatan ziarah yang terakhir untuk hari ini diakhiri di Kg Sepakat, Masai berjumpa Puan Siti binti Tumadi yang juga merupakan ibu tunggal menghidap sakit kencing manis dan sakit tua pada usia 71 tahun.

Beliau tidak dapat berjalan dan pernah terjatuh disebabkan tiada kekuatan untuk berdiri lama ekoran sakit yang dihadapinya. Dari segi rutin harian pula, beliau bergantung kepada pemakaian lampin pakai buang dewasa sepenuh masa untuk urusan diri.

Alhamdulillah, sebelum ini pihak Masjid Masai telah menyalurkan bantuan katil dan kerusi roda untuk keselesaan dan kemudahan harian beliau untuk bergerak.

Pihak Yayasan Pasir Gudang iaitu Encik Yong Kok Leong, selaku Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang telah menyalurkan sumbangan ihsan pesakit kronik Yayasan Pasir Gudang kepada setiap penerima yang dikunjungi.

Moga pesakit kronik yang diziarahi hari ini diberikan kekuatan dan kemudahan perjalanan dalam menempuh ujian dan dugaan kesihatan yang menimpa diri mereka.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top