4 Jun | Sabtu |

PASIR GUDANG : Yayasan Pasir Gudang bersama Encik Noor Azleen bin Ambros, Ahli Majlis MBPG telah selesai menziarahi 5 orang pesakit kronik yang berada di sekitar kawasan Bandar Seri Alam.

[ Pesakit Kronik : Pertama ]

Berjumpa dengan Puan Sharifah Zaliha binti Syed Ali yang tinggal di Blok J, Jalan Tasek 64, Bandar Seri Alam. Beliau merupakan pesakit kronik yang duji dengan penyakit kanser payudara tahap 4.

Beliau telah menjalani rawatan kimoterapi sebanyak 5 kali daripada 6 kitaran lengkap di Hospital Sultan Ismail, HSI. Sebelum ini, beliau bekerja di kantin kilang Pestima, namun terpaksa berhenti pada bulan Oktober 2021 atas faktor ingin menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap kesihatan beliau.

Selepas ibunya meninggal, beliau telah tinggal bersama adik beradik dan adik beradiknya turut membantu dari segi kos rawatan kimoterapi. Beliau sebelum ini merupakan salah satu penerima bantuan perayaan dan bakul makanan Yayasan Pasir Gudang.

[ Pesakit Kronik : Kedua ]

Di Jalan Tasek 23, Bandar Seri Alam bertemu Puan Zaiton binti Abdullah yang telah menghidap sakit slip disk dan sakit saraf yang kronik menyebabkan beliau kini sakit terlantar di rumah.

Sebelum ini, beliau sering kali terjatuh di dalam bilik air dan keadaan semakin membimbangkan apabila selepas menerima vaksin Covid-19 dos kedua, kesihatan beliau semakin bertambah teruk.

[ Pesakit Kronik : Ketiga ]

Seterusnya berjumpa Encik Muktar bin Abd Rashid di Jalan Suria 50 yang baru sahaja pada bulan Mei 2022 menghidap penyakit strok pada bahagian sebelah kanan. Hasil pemeriksaan doktor pakar mendapati bahawa terdapat darah beku di bahagian otaknya.

Apabila beliau ingin bergerak, beliau perlu dipapah dan akan dibantu oleh adik iparnya. Beliau juga terpaksa menggunakan lampin pakai buang dewasa sepenuhnya bagi memudahkan urusan harian beliau.

[ Pesakit Kronik : Keempat ]

Diteruskan dengan Encik Hamid bin Sharon di Jalan Suria 81, Bandar Seri Alam yang telah menderita sakit asma, darah tinggi, jantung dan sakit kencing manis kronik hampir 20 tahun.

Beliau sentiasa memerlukan bantuan oksigen disebabkan sakit asmanya yang kronik. Doktor menyarankan beliau untuk membeli sebuah mesin oksigen bagi kegunaan harian bagi mengurangkan serba sedikit sakit asma yang dialaminya.

Buat masa kini, beliau akan menggunakan bantuan tongkat dan kerusi roda untuk bergerak, namun kerusi roda miliknya itu telah mengalami kerosakan pada bahagian tayar.

[ Pesakit Kronik : Kelima ]

Kediaman terakhir untuk hari ini diteruskan dengan Encik Jumari bin Saye di Jalan Suria 85, Bandar Seri Alam yang mempunyai sakit gout dan buah pinggang yang kronik.

Beliau telah menghidap sakit gout dalam tempoh yang lama berbanding sakit buah pinggangnya yang baru sahaja memasuki 2 tahun. Beliau sering mendapatkan rawatan kesihatan dan susulan di klinik kerajaan dan Hospital Sultan Ismail, HSI.

Hasil pemeriksaan doktor pakar pada 2 Jun 2022 mendapati bahawa beliau mempunyai kandungan nutrien potasium yang sangat tinggi dalam darah dan doktor telah menasihati beliau untuk mengurangkan pengambilan makanan yang tinggi potasium seperti pisang.

Encik Noor Azleen bin Ambros bersama Encik Inderaputra bin Haji Ibrahim, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang telah menghulurkan bantuan ihsan pesakit kronik Yayasan Pasir Gudang kepada setiap pesakit kronik yang diziarahi.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top