Lawatan Kebakaran Yayasan Pasir Gudang : PASIR GUDANG

| 8 Julai 2022 | Jumaat | PASIR GUDANG :

Yayasan Pasir Gudang bersama YB Tuan Haji Baharudin bin Mohamed Taib, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas telah selesai melawat mangsa kebakaran kediaman di Blok 7, Taman Mawar.

Mangsa iaitu Puan Pachivaretnam A/P Dhanasengam telah mengalami kejadian kebakaran pada 7 Julai 2022 di sekitar jam 10:30 pagi.

Hasil pemeriksaan pihak bomba dan pihak berkuasa, punca sebenar berlakunya kebakaran adalah disebabkan berlakunya litar pintas di kawasan bilik utama beliau.

Ketika kejadian berlaku , beliau telah terhidu bau asap yang kuat dari bilik tersebut sebelum terperanjat disebabkan api sudah mula membesar membakar keseluruhan perabut dan alatan kelengkapan di dalam bilik tersebut.

Beliau terus meminta bantuan daripada jiran tetanggga untuk membantu memadamkan api tersebut sementera menunggu ketibaan pihak bomba dan pihak berkuasa.

Syukur kerana api tersebut berjaya dipadamkan, namun kesan asap tersebut telah terkena sebahagian di kawasan ruang tamu. Buat masa kini beliau dan anak perempuan iaitu Emma A/P Diamodzarau telah tinggal sementara di rumah kawan anaknya.

YB Tuan Haji Baharudin bin Mohamed Taib telah mendengar sendiri kisah yang terjadi serta memberi sedikit kata-kata semangat agar Puan Pachivaretnam terus tabah dan kuat dalam mengharungi ujian ini.

YB Tuan Haji Baharudin bin Mohamed Taib juga berkesempatan menghulurkan sumbangan bantuan wang ihsan bencana Yayasan Pasir Gudang kepada mangsa. Turut serta adalah Haji Mohd Hashim bin Marsidi.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top