| 19 Julai 2022 | Selasa | PASIR GUDANG :

Lawatan dan penyerahan Kurniaan Bantuan Wang Tunai kepada 5 orang pesakit kronik yang terpilih bagi kawasan Pasir Gudang daripada DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja telah selesai dilaksanakan bersama Encik Muhamad Rashdan bin Rahmat, Penolong Pegawai Daerah Johor Bahru (Pembangunan Masyarakat) berserta Encik Misbahuddin bin Haji Karmani, Ketua Penghulu, Pejabat Daerah Johor Bahru.

Yayasan Pasir Gudang juga berkesempatan menghulurkan sumbangan bantuan barangan keperluan asas kepada pesakit kronik yang diziarahi.

Sesungguhnya kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor dapat memberi seribu satu makna dan sinar harapan buat pesakit kronik yang terbabit dalam mengharungi cabaran, derita dan dugaan yang mereka lalui terhadap penyakit kronik yang menimpa diri mereka.

Menjunjung kasih di atas Kurniaan DYAM Pemangku Raja

#JohorMaju
#JohorPrihatin

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top