| 30 Julai 2022 | Sabtu | PASIR GUDANG :

Yayasan Pasir Gudang bersama Encik Noor Azleen bin Ambros, Ahli Majlis MPBG berkesempatan menziarahi 6 orang pesakit kronik yang tinggal di sekitar kawasan Taman Kota Puteri, Taman Rinting dan Kg Baru Masai.

[ Pesakit Kronik : Pertama ]

Dimulakan di Pangsapuri Putri Ria, Jalan Bayan 45, Taman Kota Puteri iaitu bertemu Puan Ahlylachim A/P Munusamy yang menghidap sakit kencing manis dan mengalami patah kaki kanan sejak tahun 2014.

Sepanjang tempoh 2014 sehingga kini, beliau telah terjatuh sebanyak 2 kali kerana kaki kanan beliau yang tidak kuat untuk melakukan rutin harian. Pembedahan pada kaki kanan beliau telah dilakukan di Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Buat masa kini, beliau hanya mampu bergerak menggunakan bantuan kerusi roda sepenuhnya. Beliau juga tidak mempunyai sebarang bentuk bantuan, namun anaknya iaitu Yogeswary A/P Sudramaniam telah menerima bantuan bulanan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ekoran keadaan fizikal (Orang Kurang Upaya) dan sakit pinggang kronik yang dialaminya.

[ Pesakit Kronik : Kedua ]

Diteruskan di kediaman Encik Saad bin Tarsono yang telah diuji dengan serangan strok anggota badan pada bahagian kiri dan otak kanan sejak awal bulan Jun 2022.

Sebelum sakit strok menimpanya, beliau telah menjalani pembedahan pembuangan ibu jari kaki kanan akibat jangkitan kuman pada 9 Mei 2022 disebabkan sakit kencing manis yang kronik dan gout.

Beliau telah melakukan rawatan susulan di Hospital disamping mencuba rawatan tradisional sebagai satu ikhtiar dalam menyembuhkan penyakitnya. Dari segi urusan diri, beliau bergantung kepada penggunaan lampin pakai buang dewasa setiap hari.

[ Pesakit Kronik : Ketiga ]

Seterusnya bertemu Encik Zaidi bin Muslim yang tinggal di Jalan Gelam 5, Taman Rinting yang menghidap sakit strok sebelah kiri anggota beliau sejak tahun 2021.

Beliau juga mempunyai sakit kronik yang lain seperti sakit kronik buang pinggang tahap 3 dan kencing manis. Apabila beliau ingin bergerak dan berjalan, beliau perlu dipapah disebabkan keadaan kaki dan tangannya yang kurang baik.

Beliau akan sentiasa menjalani rawatan fisioterapi di Hospital Sultan Ismail (HSI) dan rawatan susulan di Klinik Kota Masai yang dihantar oleh anak-anak beliau.

[ Pesakit Kronik : Keempat ]

Selanjutnya berjumpa Encik Abdul Halim bin Kadri di Jalan Meranti 19, Taman Rinting yang mempunyai sakit kencing manis kronik sejak bulan Mei 2022.

2 hari sebelum Hari Raya Aidilfitri tiba, kaki kiri beliau telah mengalami bengkak dan beliau telah bergegas pergi ke Klinik Kesihatan Masai untuk membuat pemeriksaan lanjut.

Selepas pemeriksaan dilaksanakan, beliau telah disahkan menghidap sakit kencing manis kronik dan perlu menjalani pembedahan pembuangan 3 jari kaki di HSI kerana dijangkiti kuman.

Kini, akan melakukan rawatan cuci luka di Klinik Kesihatan Masai dan alhamdulillah kerana keadaan luka pembedahan semakin kering dan bertambah baik.

[ Pesakit Kronik : Kelima ]

Bertemu Encik Mohd Faizal bin Hussin yang tinggal di kawasan Jalan Merak, Kg Baru Masai. Beliau merupakan pesakit yang menderita gout yang kronik sejak tahun 2017, mempunyai sakit buah pinggang tahap 3, organ hati rosak pada tahap 2 dan mengalami batu karang.

Semenjak 2017, beliau tidak dapat berkerja disebabkan sendi-sendi beliau yang sering sakit dan tidak mampu melakukan pekerjaan yang lasak atau berdiri pada tempoh yang lama.

Syukur kerana beliau sering dibantu oleh adik beradik dari segi kewangan secara bulanan dan rakan-rakan beliau juga akan membantunya untuk mendapatkan rawatan susulan di Klinik Kesihatan Masai atau HSI

[ Pesakit Kronik : Keenam ]

Ziarah terkahir diakhiri dengan berjumpa Puan Suminah binti Jappon yang telah uzur dan mempunyai sakit tua seperti pendengaran dan penglihatan yang kurang baik. Hal ini menyebabkan beliau tidak dapat bangun dan terpaksa mengesot untuk ke bilik air kerana tiada bantuan kerusi roda.

Disamping itu, menantu beliau iaitu Puan Salindang juga telah menderita kanser hidung sejak tahun 2011 lagi. Penglihatan mata beliau juga tidak jelas disebabkan gangguan saraf dan ini menyebabkan beliau sukar untuk makan disebakan sakit yang dialaminya.

Sehingga kini, setiap 6 bulan sekali, beliau akan melakukan rawatan kesihatan dan susulan di HSI.

Sumbangan ihsan wang tunai pesakit kronik telah disampaikan oleh Encik Noor Azleen bin Ambros bersama Encik Madyasir bin Ahmad Basir, Ahli Majlis MBPG kepada setiap pesakit kronik yang dilawati.

Moga mereka yang diziarahi diberikan kesembuhan kesihatan, ketabahan dan kecekalan dalam mengharungi ujian masing-masing dan diberikan rezeki yang lebih baik pada masa mendatang.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top