Yayasan Pasir Gudang bersama Yayasan MyKasih pada 3 Ogos 2022 (Rabu) telah selesai mengadakan program Lawatan dan Pemantauan Penaziran Usahawan Ekonomi Rakyat (ERA) yang meliputi di sekitar kawasan Taman Kota Masai, Kg Cahaya Baru, Taman Desa Rakyat Perdana, Kg Pertanian Masai dan Taman Rinting.

Program ini melibatkan 6 orang peserta terpilih yang menerima bantuan Insentif Kit Usahawan Ekonomi Rakyat (ERA) Yayasan Pasir Gudang seperti peralatan bakeri (oven, mesin bancuhan adunan) atau mesin pembuatan tempe.

6 orang peserta terpilih yang telah menerima kunjungan daripada pihak Yayasan Pasir Gudang dan Yayasan MyKasih adalah :

1. Puan Siti Fauziahwati binti Abd Kahar : perniagaan tempahan kek dan penjualan ayam lidi rangup

2. Puan Justina anak Basil : perniagaan tempahan kek dan penjualan kek lapis sarawak

3. Hasnah binti Md Zin : perniagaan pembuatan dan penjualan tempe

4. Puan Norfazidah binti Tahir : perniagaan bakeri

5. Puan Haslina binti Sudin : perniagaan tempahan dan penjualan kek secara atas talian

6. Puan Siti Zulidia binti Zainuddin : perniagaan penjualan kek

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengetahui perkembangan perniagaan dan permasalahan yang mereka hadapi dan tempuhi sebagai usahawan selepas menerima latihan dan bantuan Insentif Kit daripada program Ekonomi Rakyat (ERA) yang telah dilaksanakan pada tahun 2021.

Syukur kerana perkembangan perniagaan mereka menunjukkan keputusan yang positif dan membawa pulangan modal walaupun dilakukan secara atas talian atau tempahan terutama berdepan dengan suasana ekonomi yang kurang stabil pada masa kini serta wabak pandemik Covid-19 yang melanda negara pada tahun lalu.

Turut serta sepanjang program ini berlangsung adalah Puan Shahriah binti Ismail, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang, Puan Shafinaz binti Suhaimi, Pengurus Kanan Yayasan MyKasih dan Puan Hajah Dalila binti Haji Kasbi.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top