| 27 Ogos 2022 | Sabtu | PASIR GUDANG :
Hari ini, telah bermulanya program Kursus Asas Keusahawan Ekonomi Rakyat (ERA) Yayasan Pasir Gudang anjuran Majlis Pembangunan Usahawan dan Koperasi Parlimen Pasir Gudang dan Yayasan Pasir Gudang di Dewan Kuliah Masjid An-Nur Taman Cendana.
Kursus Asas Keusahawanan ini telah disertai seramai 40 orang peserta yang terdiri dari usahawan perniagaan yang tinggal di kawasan Parlimen Pasir Gudang yang ingin mempelajari teknik serta kaedah yang sesuai untuk menjadi usahawan yang berdaya saing dan berjaya diluarsana.
Kursus ini telah dibahagikan kepada 2 hari mengikut modul yang ditetapkan berdasarkan kepakaran panel jemputan melalui perkongsian ilmu dan pengalaman yang mereka miliki sepanjang terlibat dalam kerjaya usahawan dan melahirkan ribuan usahawan yang berjaya diluarsana :
[ Hari Pertama | 27 Ogos 2022 : Modul Pengurusan Akaun dan Kewangan ]
🔹Encik Mohamad Helmi Hamid :
– Pensyarah Usahawanan Kolej Profesional MARA
– Kepakaran perakaunan
– Audit Syarikat dengan pengalaman Korporat)
[ Hari Kedua | 28 Ogos 2022 : Modul Pelabelan dan Modul Pembungkusan ]
🔹Encik Shahari bin Mohd Zin :
– Pensyarah Usahawan Kolej Profesional MARA.
– Subject Matter Expert (SME).
– Ahli Jawatankuasa Keusahawanan Digital Malaysia MDEC.
Turut hadir dan terlibat sepanjang Kursus Asas Keusahawanan ini berlangsung adalah Encik Yong Kok Leong dan Puan Shahriah binti Ismail, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang.