MAJLIS RAMAH MESRA PENDUDUK RUMAH PANGSA TAMAN MOLEK

Berita baik buat semua penduduk di kawasan Taman Molek✨, Yayasan Pasir Gudang akan menganjurkan Majlis Ramah Mesra bersama Penduduk Rumah Pangsa Taman Molek pada :

Tarikh : 9 September 2022
Hari : Jumaat
Masa : 3:00 Petang
Lokasi : Rumah Pangsa Taman Molek

Terdapat pelbagai aktiviti yang akan disediakan menanti buat semua yang hadir pada tarikh yang ditetapkan ✨. Diantara aktiviti dan pertandingan tersebut adalah :

🔸Pertandingan mewarna : Berumur 4-6 tahun & 7-9 tahun
🔸Pelbagai hadiah cabutan bertuah yang menarik
🔸Penyerahan bantuan kepada golongan Asnaf

Majlis Ramah Mesra bersama Penduduk Rumah Pangsa Taman Molek ini akan disempurnakan oleh Datuk Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Pengerusi Yayasan Pasir Gudang.

Apa tunggu lagi !!🔥 jom beramai-ramai menghadirkan diri bersama keluarga, saudara mara jiran tetangga dan rakan-rakan anda ke majlis ini pada lokasi, tarikh, hari dan masa yang ditetapkan.

Jumpa anda di sana !!✨✨

#YPGPrihatin
#MajlisRamahMesra
#PendudukRumahPangsa
#TamanMolek
#YayasanPasirGudang

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top