MAJLIS RAMAH MESRA PENDUDUK RUMAH PANGSA TAMAN MOLEK

| 9 September 2022 | Jumaat | JOHOR BAHRU :

Hari ini, Yayasan Pasir Gudang berkesempatan mengadakan Majlis Ramah Mesra bersama Penduduk Rumah Pangsa di Blok C, Taman Molek.

Tujuan Majlis ini diadakan adalah bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim, kekeluargaan dan kejiranan antara penduduk komuniti rumah pangsa Taman Molek disamping berpeluang membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menjalani kehidupan seharian.

Seramai 100 orang dari kalangan penduduk komuniti Rumah Pangsa Taman Molek telah terpilih dan hadir untuk menerima bantuan asnaf daripada Yayasan Pasir Gudang.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Encik Mohd Khairul Azlan bin Sulong, Wakil Rasmi Datuk Seri Mohamed Khaled bin Nordin merangkap Ahli Majlis MBJB.

Turut serta sepanjang program ini dijalankan adalah Ahli Majlis MBPG & MBJB serta Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top