Majlis Penyerahan Bantuan Kemasukan Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta Yayasan Pasir Gudang

| 12 September 2022 | Isnin | PASIR GUDANG :

Yayasan Pasir Gudang hari ini berkesempatan mengadakan Majlis Penyerahan Bantuan Kemasukan Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/S) Yayasan Pasir Gudang.

Seramai 51 orang pelajar terpilih melalui permohonan dari kawasan Parlimen Pasir Gudang dan Parlimen Tebrau telah di jemput hadir bersama ahli keluarga bagi menerima bantuan berupa wang tunai RM 300 secara “one-off” dari pihak Yayasan Pasir Gudang.

Tujuan bantuan ini dilaksanakan adalah sebagai salah satu inisiatif dari pihak Yayasan Pasir Gudang menghargai pelajar-pelajar yang tinggal di kawasan Parlimen Pasir Gudang dan Parlimen Tebrau yang telah berjaya melanjutkan pembelajaran samada di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Awam atau Swasta.

Disamping itu, bantuan ini juga dapat digunakan oleh pelajar untuk pembelian barangan kelengkapan seperti buku-buku, alatan tulis dan sebagainya yang dapat membantu meringankan serba sedikit perbelanjaan harian ketika di pusat pengajian nanti.

Sebahagian daripada penerima yang terpilih telahpun memulakan semester yang pertama di pusat pengajian masing-masing manakala penerima yang lain akan memulakan pengajian dalam hujung bulan September 2022 atau awal bulan Oktober 2022 nanti.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Encik Noor Azleen bin Ambros, selaku Wakil Rasmi Datuk Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Pengerusi Yayasan Pasir Gudang merangkap Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) bagi menyampaikan bantuan kepada penerima yang hadir.

Turut memeriahkan majlis adalah Encik Inderaputra bin Haji Ibrahim dan Encik Guru Naidu A/L Subramaniam ( Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang ), Encik Madyasir bin Ahmad Basir ( Ahli Majlis MBPG ) dan Encik Mohamed Alhad bin Ngadimon ( Ketua Kampung Kuala Masai ).

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top