| 25 September 2022 | Ahad | TEBRAU :

Hari ini, Yayasan Pasir Gudang bersama YB Tuan Haji Azizul bin Bachok, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Tiram telah selesai menziarahi mangsa bencana ribut di kawasan perumahan Jalan Delima, Taman Cahaya Masai.

7 buah kediaman di kawasan terbabit telah mengalami nasib yang kurang baik apabila dilanda bencana ribut di kediaman mereka yang telah terjadi bermula sekitar waktu 7:30 pagi sehingga 8:30 pagi tadi.

Kejadian ini bermula dengan kehadiran hujan lebat yang sangat deras sebelum bencana ribut melanda di kawasan perumahan yang mengakibatkan sebahagian kediaman mangsa bencana ribut seperti atap bumbung dan siling kediaman mengalami kerosakan dan tercabut.

YB Tuan Haji Azizul bin Bachok sempat bertanya khabar, memberikan kata-kata dorongan dan doa disamping melihat keadaan semasa kediaman mangsa bencana ribut ini sebelum diakhiri dengan menghulurkan sumbangan wang ihsan bencana dari Yayasan Pasir Gudang.

Yayasan Pasir Gudang mendoakan agar segala urusan mangsa kediaman bencana ribut ini di permudahkan dari segi baik pulih kediaman dan diberikan kekuatan serta ketabahan dalam mengharungi ujian yang mereka hadapi ini.

Kepada individu, syarikat atau dermawan yang ingin menyalurkan sumbangan kepada Yayasan Pasir Gudang, boleh salurkan secara terus ke akaun rasmi Yayasan Pasir Gudang.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top