Ziarah Prihatin YPG

| 28 September 2022 | Rabu | PASIR GUDANG :

Hari ini, Yayasan Pasir Gudang bersama Encik Madyasir bin Ahmad Basir, Ahli Majlis MBPG Zon Masai telah berkesempatan menziarahi 2 orang pesakit kronik yang menetap di sekitar kawasan Masai dan Taman Rinting.

| Pesakit Kronik : Pertama |

Bertemu Encik Rezal bin Naaim yang menetap di Kampung Masjid, Masai. Beliau merupakan pesakit kronik yang menghidap penyakit paru-paru berair, degupan jantung yang lemah dan kencing manis yang kronik sejak tahun 2021.

Disebabkan tahap kesihatan yang semakin merosot dan membimbangkan ekoran penyakit yang dihadapinya, beliau tidak mampu bekerja seperti biasa untuk menyara keluarganya. Buat masa kini, pendapatan seisi keluarga bergantung dari simpanan miliknya.

Isteri beliau iaitu Puan Siti Norasikin binti Ariffin juga terpaksa berhenti berkerja sebagai pembantu kedai makanan bagi menjaga kesihatan suaminya sepenuh masa.

Pada bulan Oktober dan November 2022 nanti, beliau akan menjalani pembedahan jantung di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI).

| Pesakit Kronik : Kedua |

Seterusnya, berjumpa Encik Rajan A/L Mahalingam di Jalan Ara 2, Taman Rinting. Beliau merupakan pesakit yang mengalami cacat kaki dan sedikit hancur pada sebelah kanan kaki beliau disebabkan kemalangan motor sejak 31 Julai 2018.

Beliau telah menjalani 8 kali pembedahan di HSA sepanjang tempoh dari tarikh kemalangan yang beliau terlibat dan kini hampir 3 tahun sudah berhenti dari mendapatkan rawatan susulan di hospital mahupun di klinik.

Beliau kini bergantung sepenuhnya dengan penggunaan tongkat kaki untuk berjalan. Beliau juga merupakan penerima bantuan bulanan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Setiap pesakit kronik yang dilawati hari ini telah menerima sumbangan wang ihsan pesakit kronik dari Yayasan Pasir Gudang yang telah disampaikan oleh Encik Madyasir bin Ahmad Basir.

Turut serta adalah Encik Inderaputra bin Haji Ibrahim, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang merangkap Ketua Kampung Baru Masai.

Semoga semua pesakit kronik yang terlibat diberikan kesembuhan kesihatan dan kekuatan untuk menempuh ujian dan dugaan yang mereka alami ini dengan penuh kesabaran dan kecekalan.

Kepada individu, syarikat atau dermawan yang ingin menyalurkan sumbangan kepada Yayasan Pasir Gudang, boleh salurkan secara terus ke akaun rasmi Yayasan Pasir Gudang.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top