PASIR GUDANG : Pada 13 Oktober 2022 (khamis), selesai dilaksanakan Majlis Penyerahan Sumbangan Perayaan Hari Deepavali 2022 di BZ Restoran Pengantin, Taman Rinting.

Program ini diadakan adalah bertujuan bagi meraikan perayaan Hari Deepavali yang bakal disambut pada 24 Oktober 2022 oleh kaum berbangsa india.

Seramai 50 orang penerima terpilih dari kawasan Pasir Gudang telah menerima sumbangan berupa wang tunai serta bakul makanan untuk digunakan sebagai persediaan menyambut perayaan Hari Deepavali yang bakal tiba nanti.

Sumbangan ini merupakan salah satu inisiatif Yayasan Pasir Gudang dalam membantu golongan keluarga yang kurang bernasib baik agar dapat meraikan perayaan Hari Deepavali dengan penuh keceriaan dan kegembiraan disamping keluarga tersayang.

Program ini merupakan anjuran dari Kelab Kasih Sayang dengan kerjasama Yayasan Pasir Gudang.

Majlis telah disempurnakan oleh YB Tuan Haji Baharudin bin Mohamed Taib, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas.

Kepada individu, syarikat atau dermawan yang ingin menyalurkan sumbangan kepada Yayasan Pasir Gudang, boleh salurkan secara terus ke akaun rasmi Yayasan Pasir Gudang.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top