PROGRAM KELESTARIAN KESIHATAN KOMUNITI

| 14 Oktober 2022 | Jumaat | JOHOR BAHRU :

Yayasan Pasir Gudang pada hari ini telah selesai menganjurkan program Kelestarian Kesihatan dalam Komuniti di Rumah Pangsa Laman Tasik Pandan di bawah anjuran Yayasan Pasir Gudang dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Gabungan NGO Wanita Pasir Gudang, Yayasan Rose, Unit Tabung Darah Hospital Sultan Ismail (HSI) dan Klinik Kesihatan HSI.

Program ini dilaksanakan bertujuan untuk menggalakkan amalan gaya hidup sihat, mengambil berat tentang kesihatan serta melahirkan sifat kemasyarakatan dan perpaduan dalam komuniti bagi membina suasana yang sihat dan harmoni di antara satu sama lain.

Terdapat pelbagai aktiviti dan ujian saringan kesihatan percuma dijalankan sepanjang program ini berlangsung seperti :

1. Saringan kesihatan menyeluruh.
2. Saringan ujian kesihatan serviks.
3. Saringan jisim (BMI-Body Mass Index).
4. Saringan tekanan darah.
5. Tahap glukosa dalam darah.
6. Tahap kolestrol dalam darah.
7. Pameran kesihatan.
8. Program derma darah.
9. Senaman kercergasan.

Di samping itu, program ini turut bertujuan untuk memudahkan masyarakat setempat menerima pemeriksaan ujian saringan kesihatan secara terus dari pihak Klinik Kesihatan HSI bagi mengenal pasti tahap kesihatan semasa masing-masing.

Di dalam program ini, Yayasan Pasir Gudang juga berkesempatan mengadakan sumbangan bantuan barangan keperluan kepada 105 orang penerima terpilih dari kawasan penduduk Rumah Pangsa Laman Tasik Pandan bagi mengurangkan serba sedikit beban yang dirasai ekoran ketidakstabilan ekonomi dan peningkatan taraf kehidupan di negara kita.

Mewakili Datuk Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Pengerusi Yayasan Pasir Gudang bagi merasmikan program pada hari ini serta menghulurkan sumbangan kepada penerima yang hadir adalah Encik Noor Azleen bin Ambros, Ahli Majlis MBPG.

Turut serta dalam sepanjang program ini berlangsung adalah :

1. Encik Mohd Khairul Azlan bin Sulong (Ahli Majlis MBJB Zon Desa Harmoni).
2. Puan Shahriah binti Ismail (Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang).
3. Dr. Jivambigai A/P Jeyagapal (wakil rasmi Klinik Kesihatan Pasir Gudang).
4. Mohd. Azizi bin Abdul Aziz (wakil Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Johor).
5. Encik Mohd Shazril bin Buang (Agensi Anti-Dadah Kebangsaan Daerah Johor Bahru).

Kepada individu, syarikat atau dermawan yang ingin menyalurkan sumbangan kepada Yayasan Pasir Gudang, boleh salurkan secara terus ke akaun rasmi Yayasan Pasir Gudang.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top