PROGRAM PENYERAHAN SUMBANGAN ASNAF YPG

PASIR GUDANG : Yayasan Pasir Gudang telah selesai melaksanakan program penyerahan sumbangan asnaf Yayasan Pasir Gudang kepada penerima terpilih yang terdiri dari kalangan penduduk yang kurang berkemampuan di kawasan penempatan Rumah Pangsa Jalan Tasek 64, Bandar Seri Alam.

Penerima terpilih yang hadir telah menerima sumbangan daripada Yayasan Pasir Gudang.

Sebagaimana yang kita ketahui, masih terdapat ramai penduduk komuniti dan masyarakat di sekeliling kita diuji dengan kehidupan yang serba kekurangan terutama dalam mengharungi peningkatan taraf hidup di negara kita.

Oleh sebab demikian, melalui program sebegini dapat membantu mengurangkan serba sedikit beban dan tanggungan mereka dalam menyara keluarga masing-masing serta mengambil tahu akan kesusahan yang dialami oleh masyarakat terutama di kejiranan perumahan penduduk komuniti sekeliling kita.

Sumbangan ini telah disampaikan oleh Encik Noor Azleen bin Ambros, Ahli Majlis MBPG. Turut hadir adalah Encik Yong Kok Leong dan Encik Guru Naidu A/L Subramaniam, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top