PROGRAM KELESTARIAN KESIHATAN KOMUNITI

JOHOR BAHRU : Yayasan Pasir Gudang dengan Klinik Kesihatan Masai telah selesai menganjurkan sesi jelajah program Kelestarian Kesihatan Komuniti bagi kawasan zon penduduk komuniti Rumah Pangsa Permas Jaya.

Sepanjang program ini berlangsung, terdapat pelbagai pengisian program yang telah berjaya dilaksanakan seperti :

1. Saringan kesihatan
2. Saringan ujian kesihatan serviks
3. Saringan jisim BMI
4. Tahap glukosa dalam darah
5. Tahap tekanan dalam darah
6. Tahap kolestrol dalam darah
7. Pameran kesihatan

Tujuan utama jelajah program Kelestarian Kesihatan Komuniti diteruskan adalah untuk menggalakkan penduduk komuniti mengambil berat tentang tahap kesihatan masing-masing serta memudahkan mereka mendapat nasihat secara terus dan percuma dari pihak Klinik Kesihatan Masai.

Di samping itu, penganjuran program sebegini juga dapat membantu mereka mengenal pasti tahap kesihatan masing-masing dan sekaligus memberi impak positif dalam kehidupan mereka untuk mengamalkan gaya hidup sihat bersama keluarga tersayang.

Di samping mengambil peduli tentang kesihatan, Yayasan Pasir Gudang juga menitik berat tentang membantu keluarga yang kurang berkemampuan. Oleh sebab demikian, Yayasan Pasir Gudang mengambil inisiatif untuk mengadakan sumbangan Yayasan Pasir Gudang kepada penerima terpilih dari kawasan penduduk Rumah Pangsa Permas Jaya.

Bantuan sebegini bukan sahaja dapat membantu mengurangkan serba sedikit beban yang dipikul disebabkan peningkatan taraf kehidupan bahkan dapat mengeratkan hubungan sillaturahim yang baik di antara penduduk komuniti setempat.

Mewakili Datuk Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Pengerusi Yayasan Pasir Gudang bagi menyempurnakan program serta menghulurkan sumbangan kepada penerima yang hadir adalah YB Tuan Haji Baharudin bin Mohamed Taib, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top