PASIR GUDANG : Sempena menghargai pelajar-pelajar yang tinggal di kawasan Parlimen Pasir Gudang dan Parlimen Tebrau yang telah berjaya melanjutkan pengajian di menara gading, Yayasan Pasir Gudang telah menganjurkan Majlis Penyerahan Bantuan Kemasukan Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/S) di Dewan Terbuka Taman Cendana.

Seramai 84 orang pelajar yang terpilih melalui permohonan samada secara atas talian (menerusi laman portal rasmi YPG) ataupun secara borang permohonan telah di jemput hadir bersama ahli keluarga bagi menerima bantuan berupa wang tunai RM 300 secara “one-off” dari pihak Yayasan Pasir Gudang.

Sebagaimana yang kita ketahui, cabaran utama yang dihadapi oleh ibu bapa ketika anak-anak mereka melanjutkan pengajian adalah dari segi kewangan samada untuk pembayaran pendaftaran kemasukan ke Universiti mahupun pembelian barangan keperluan dan kelengkapan pelajar ketika di pusat pengajian nanti.

Oleh sebab demikian, disamping tujuan menghargai pelajar-pelajar yang telah berjaya melanjutkan pembelajaran samada di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Awam atau Swasta, tujuan lain bantuan ini diadakan adalah bagi membantu meringankan serba sedikit beban yang dipikul oleh ibu bapa dalam menghantar anak-anak mereka melanjutkan pembelajaran ke menara gading.

Kebanyakkan penerima yang terpilih telahpun memulakan semester yang pertama di pusat pengajian masing-masing pada hujung bulan September 2022 dan awal bulan Oktober 2022 yang lalu. Oleh demikian, ibu bapa telah dijemput hadir bagi menggantikan pelajar untuk menerima bantuan ini.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top