PASIR GUDANG : Di sekitar kawasan Kg Sepakat 2, Masai dan Taman Rinting, terdapat 2 individu pesakit kronik yang telah selesai dikunjungi oleh Yayasan Pasir Gudang bersama Encik Inderaputra bin Haji Ibrahim, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang merangkap Ketua Kampung Baru Masai.

PESAKIT KRONIK : PERTAMA

Dimulai dengan melawat Puan Maimunah binti Mashud (berumur 58 tahun) di Jalan Kedidi, Kg Sepakat 2, Masai. Puan Maimunah merupakan individu orang kurang upaya (OKU) mental yang telah mengalami patah kaki kanan apabila terjatuh di bilik air kediamannya pada bulan Oktober 2022.

Disebabkan Puan Maimunah telah mengalami patah kaki dan mempunyai masalah OKU pada bahagian mental, beliau akan sentiasa dijaga, dikawal rapi dan diberikan pengawasan penuh oleh adiknya iaitu Puan Mardiana binti Mashud.

Buat masa kini, bantuan bulanan JKM terhadap Puan Maimunah akan bermula pada bulan Januari 2023.

PESAKIT KRONIK : KEDUA

Pesakit kronik terakhir untuk sesi ziarah pada kali ini diakhiri dengan bertemu Encik Hashim bin Adam (berumur 58 tahun) di Jalan Meranti 16, Taman Rinting. Encik Hashim pada 24 September 2022 telah mengalami kemalangan jalan raya semasa perjalanan pulang dari tempat kerjanya.

Ketika kejadian berlaku, beliau telah terjatuh terlantar pada bahagian muka dan hal ini mengakibatkan kecederaan pada bahagian muka dan rahang mukanya patah. Perkara ini menyebabkan beliau mengalami kesukaran bernafas dan memerlukan bantuan pernafasan melalui tiub khas yang telah ditebuk pada kawasan lehernya.

Dirinya juga mengalami kesukaran untuk makan seperti biasa dan hanya bergantung kepada minuman susu nutrisi yang akan disalurkan menerusi tiup saluran di lehernya. Sebelum ini beliau berkerja di sebuah syarikat swasta (MMHE), namun terpaksa berhenti berkerja atas faktor kesihatan.

Manakala dari segi kos pembelian lampin pakai buang dewasa dan susu nutrisi hanya bergantung melalui simpanan miliknya untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.

Di akhir kunjungan, Encik Inderaputra bin Haji Ibrahim telah menghulurkan sumbangan wang ihsan pesakit kronik kepada setiap pesakit kronik yang terlibat pada sesi kali ini.

Moga dengan pemberian sumbangan ini dapat mengurankan serba sedikit ujian yang mereka harungi serta Yayasan Pasir Gudang mendoakan agar mereka diberikan kekuatan dan ketabahan serta dipermudahkan segala urusan kesihatan pada masa mendatang.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top