PASIR GUDANG : Yayasan Pasir Gudang dengan kerjasama Klinik Kesihatan Masai telah berjaya melaksanakan sesi terakhir bagi program Kelestarian Kesihatan Komuniti di Dewan Serbaguna Perjiranan 8, Taman Air Biru yang tertumpu kepada penduduk komuniti di zon kawasan perumahan Taman Air Biru.

Sepertimana sesi program sebelum ini, setiap peserta yang hadir telah menerima pelbagai manfaat menerusi penglibatan dalam pengisian program kesihatan dan antaranya adalah dapat mengetahui :

1. Saringan jisim BMI (berat badan)
2. Tahap glukosa dalam darah
3. Tahap tekanan dalam darah
4. Tahap kolestrol dalam darah

Ada diantara peserta yang hadir berhasrat agar lebih ramai penduduk komuniti di setiap zon kawasan samada Parlimen Pasir Gudang atau Parlimen Tebrau mengambil berat akan soal kesihatan dan sentiasa melakukan saringan kesihatan di Klinik Kesihatan berdekatan.

Hal ini bagi menjamin kehidupan masa mendatang yang lebih selamat, sihat dan sejahtera melalui penerapan amalan gaya hidup sihat bersama keluarga tersayang, masyarakat dan penduduk komuniti di kawasan masing-masing.

Diakhir program, Yayasan Pasir Gudang juga berkesempatan menyalurkan sumbangan Yayasan Pasir Gudang kepada penerima terpilih (keluarga yang kurang berkemampuan) yang terdiri dari penduduk kawasan perumahan Taman Air Biru.

Sumbangan Yayasan Pasir Gudang tersebut telah disampaikan oleh Encik Ed Baela bin Muhalajah, Ahli Majlis MBPG Zon Air Biru.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top