Berita baik buat semua warga Johor✨, syarikat Iconix Skills Academy Sdn Bhd, cawangan Johor dengan kerjasama Yayasan Pasir Gudang akan melaksanakan program latihan secara teori dan teknikal menggunakan VR Simulator buat golongan belia negeri Johor.

Bukan setakat itu sahaja, program ini turut menawarkan jaminan pekerjaan buat kesemua peserta yang menyertai program ini selepas tamat sesi program latihan bersama syarikat Iconix Skills Academy Sdn Bhd.

Terdapat 2 program latihan yang ditawarkan oleh Iconix Skills Academy Sdn Bhd iaitu :

🔸 Horizontal Directional Drilling (HDD)
🔶 Fibre Optic Installation and Maintenance

Sepanjang tempoh program latihan ini berlangsung, lokasi akan dilaksanakan di :

📍No. 69, Jalan Teratai 7, Taman Johor Jaya, 81100, Johor Bahru, Johor.

————————————————————————–>>>

Namun begitu, setiap peserta perlulah mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti :

1. Pelajar / peserta mestilah beralamat tetap di kawasan Pasir Gudang dan Tebrau.

2. Mestilah mengikuti kursus yang ditawarkan dan dipersetujui oleh Yayasan Pasir Gudang.

3. Mestilah berdaftar melalui Yayasan Pasir Gudang.

4. Berkelayakan minima sijil SPM dan ke atas.

————————————————————————–>>>

Bagi sesiapa yang berminat, boleh mendaftar permohonan melalui :

1. Link yang disediakan di bawah :
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSe6ox9AnDvWtP-sgt1JrtQdBEqdeqpks_b6gHibW7uQ_8m0qQ/viewform?usp=sf_link

Atau

2. Imbas QR Code yang disediakan di poster yang terbabit.

Sebarang pertanyaan yang meliputi syarat dan info berkaitan program ini, boleh menghubungi nombor telefon yang tertera di bawah :

1. Pejabat YPG : 07-254 7874
2. Pejabat Iconix Skills Academy Sdn Bhd : 07-351 3155

Apa tunggu lagi !!!, jom beramai-ramai sertai program latihan yang disediakan ini dan sebarkan kepada rakan, sahabat, saudara dan ahli keluarga anda✨ yang masih mencari peluang pekerjaan mahu pun yang ingin menambah ilmu dan kemahiran tambahan baharu agar dapat berkongsi manfaat yang disediakan.

#JaminanPekerjaan
#IconixSkillsAcademy
#YayasanPasirGudang
#PGPrihatin

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top