TEBRAU : Baru-baru ini, Yayasan Pasir Gudang telah menerima maklumat mengenai seorang individu pesakit kronik iaitu Puan Jamilah binti Harun, 58 tahun yang menetap di Pangsapuri Tanjung Puteri Resort, telah menderita serangan sakit strok pada bahagian sebelah badan sejak tahun 2020.

Namun begitu, pada 9 November 2022, sakit strok yang dialaminya semakin bertambah teruk apabila telah merangkumi keseluruhan badannya. Hal ini mengakibatkan beliau terlantar sakit di kediaman dan tidak boleh bergerak untuk melakukan rutin harian.

Oleh sebab keadaan semasa Puan Jamilah yang sangat memerlukan bantuan katil pesakit, Yayasan Pasir Gudang telah mengambil inisiatif untuk menyalurkan sumbangan wakaf katil pesakit kepada beliau bagi meringankan sedikit beban dan memberi keselasaan dalam menjalani urusan hariannya.

Yayasan Pasir Gudang mendoakan agar Puan Jamilah binti Harun diberikan kesembuhan dan pulih seperti sedia kala serta terus cekal dalam mengharungi ujian dan dugaan yang menimpanya.

Segala sumbangan yang ingin disalurkan kepada Yayasan Pasir Gudang, boleh layari ke :
https://yayasanpasirgudang.org.my/elementor-5747/

#YayasanPasirGudang
#PGPrihatin

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top