Pejabat Daerah Johor Bahru yang diketuai oleh Tuan Haji Muzaldin bin Haji Mohamed (Pegawai Daerah Johor Bahru) bersama Yayasan Pasir Gudang telah mengadakan sesi lawatan dan penyerahan Kurniaan Bantuan Wang Tunai daripada DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim kepada 7 orang pesakit kronik yang menetap di sekitar kawasan Pasir Gudang dan Tebrau.

7 orang pesakit kronik tersebut adalah :

1. Encik Lau Siong Heu – sakit terlantar (saraf) disebabkan kemalangan jalan raya.
2. Puan Norhaliza binti Fadzel – Orang Kurang Upaya (OKU), saraf.
3. Encik Kamarolzaman bin Ahmad Suhaimi – kanser usus.
4. Encik Wan Mamat bin Muda – kanser paru-paru tahap 4.
5. Puan Rusni binti Mawal – kanser payudara.
6. Encik Mohamad Hairi Ikmal bin Samusri – sakit terlantar disebabkan kemalangan jalan raya.
7. Encik Jamaludin bin Hashim – kanser usus.

Setiap pesakit kronik ini merupakan individu yang telah dikenalpasti oleh pihak Yayasan Pasir Gudang samada menerusi perkongsian penyampaian maklumat oleh masyarakat setempat perumahan mahupun di media sosial.

Yayasan Pasir Gudang telah mengambil inisiatif sebelum ini dengan melawat pesakit-pesakit kronik yang terbabit bagi mendapatkan maklumat dan perincian mengenai penyakit kronik yang mereka harungi dan diuji tanpa diduga.

Disamping pemberian kurniaan bantuan wang tunai oleh DYAM Tunku Mahkota Johor, Yayasan Pasir Gudang juga turut berkesempatan menghulurkan sumbangan bantuan barangan keperluan asas kepada setiap pesakit kronik yang diziarahi.

Sesungguhnya kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor dapat memberi seribu satu makna dan sinar harapan buat pesakit kronik yang terbabit dalam mengharungi cabaran, derita dan dugaan yang mereka lalui terhadap penyakit kronik yang menimpa diri mereka.

Menjunjung setinggi-tinggi kasih DYAM Tunku Mahkota Johor di atas Kurniaan tersebut.

#JohorMaju
#JohorPrihatin
#KurniaanTMJ

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top