PASIR GUDANG : Binary University of Management and Entrepreneurship dengan kerjasama Yayasan Pasir Gudang telah menganjurkan Majlis Pelancaran MyBinary Unity Scholarship (Biasiswa Perpaduan MyBinary) di Dewan Muafakat Taman Sierra Perdana.
Program Biasiswa Perpaduan MyBinary ini diwujudkan adalah sebagai salah satu usaha dan bentuk sokongan kepada usaha kerajaan untuk membantu meringankan tanggungan rakyat terutama keluarga dari kalangan B40 terhadap anak-anak mereka yang ingin melanjutkan pengajian ke menara gading.
Sebagaimana yang diperkatakan, Biasiswa Perpaduan MyBinary adalah tajaan biasiswa penuh yang diberikan kepada 1,000 orang pelajar.
Setiap pelajar-pelajar mestilah mengikuti salah satu 5 buah program termasuk Diploma Komputer atau 4 buah program peringkat Ijazah Sarjana Muda yang terdapat di Binary University of Management and Entrepreneurship.
Program – program yang ditawarkan adalah :
1. Sarjana Muda (Kepujian) Akauntan + CPA (Australia) + Asas Seni
2. Sarjana Muda (Kepujian) Pengurusan Perniagaan + Asas Seni
3. Sarjana Muda (Kepujian) Sains Komputer + Asas Seni
4. Sarjana Muda (Kepujian) Pengurusan Teknologi + Asas Seni
5. Sarjana Muda (Kepujian) Pemasaran +Asas Seni
6. Sarjana Muda (Kepujian) Keusahawanan + Asas Seni
7. Diploma Komputer dan Pengurusan
Bagi sesiapa yang berminat untuk melanjutkan pengajian di bawah Biasiswa Perpaduan MyBinary, boleh layari atau hubungi :
1. Laman Portal Binary University : www.binary.edu.my
2. No. Telefon (Pejabat) : 03-8070 6590
YB Datuk Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi merangkap Pengasas Yayasan Pasir Gudang bersama Tan Sri Dato Professor Joseph Adaikalam, Pengerusi Eksekutif Binary University of Management and Entrepreneurship telah hadir bagi menyempurnakan Majlis Pelancaran Biasiswa Perpaduan MyBinary.
Turut serta adalah Encik Mohd Nizam bin Md Masri (wakil rasmi Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang, PPD Pasir Gudang), Ahli Majlis MBPG, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang, Pengetua, Guru-guru serta ketua-ketua Kampung.
Info lanjut mengenai Yayasan Pasir Gudang, boleh layari ke :
https://yayasanpasirgudang.org.my

