PASIR GUDANG : YB Tuan Haji Baharudin bin Mohamed Taib, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas merangkap Pengerusi Yayasan Pasir Gudang bersama Encik Ed Baela bin Muhalajah, Ahli Majlis MBPG (Zon Air Biru), baru-baru ini (Jumaat, 10 Mac 2023) telah berkunjung ke kediaman 2 orang pesakit kronik yang tinggal di sekitar kawasan perumahan Taman Air Biru.

[ Pesakit Kronik : Pertama ]

Dimulakan dengan bertemu Encik Ismail bin Mohd Yusof (47 tahun) di Blok 59, Taman Air Biru yang menderita dengan serangan sakit jantung kronik selama 2 tahun sejak tahun 2021.

Ketika disoal butiran lanjut mengenai sakit jantungnya itu, beliau berkata bahawa doktor pakar mensuspek keberangkalian untuk jantungnya berhenti ketika tidur adalah tinggi disebabkan kekerapan mempunyai darah beku dalam pembuluh saluran darahnya.

Bagi memastikan keadaan ini dapat dibendung, beliau telah diberikan ubat cair darah yang paling kuat oleh doktor pakar untuk mengatasinya, namun perlu digunakan selama seumur hidup. Beliau tidak lagi menjalani rawatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN) disebabkan jauh dan beberapa kali terlepas jadual rawatan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sebelum ini.

[ Pesakit Kronik : Kedua ]

Seterusnya, pihak Yayasan Pasir Gudang mengakhiri sesi kunjungan ziarah di kediaman Encik Rumjah bin Berau (71 tahun) di Jalan 10/5, Perjiranan 10, Taman Air Biru yang telah disahkan mengalami kanser usus tahap 2 sejak bulan Februari 2022.

Belum sempat dengan penderitaan kanser ususnya itu, beliau juga turut mempunyai sakit yang melibatkan prostat dan batu dalam hempedunya. Berdasarkan penceritaan beliau, beliau telah menjalani pembedahan membuang sedikit usus baru-baru ini pada 2 Januari 2023 dan perlu melakukan kitaran kimoterapi bagi merawat kanser ususnya.

Buat masa kini, beliau masih lagi perlu menggunakan stoma beg secara harian selepas menjalani pembedahan bagi membantu sistem pencernaan.

Di akhir kunjungan, YB Tuan Haji Baharudin bin Mohamed Taib berasa bahawa setiap pesakit kronik ini perlu dibantu, dibela dan didengar nasib mereka apatah lagi dari keluarga yang berkemampuan agar mereka terus bersemangat dan tabah pada masa mendatang dalam mengharungi penyakit kronik yang mereka alami.

Oleh sebab demikian, YB Tuan Haji Baharudin bin Mohamed Taib telah menghulurkan sendiri sumbangan wang ihsan pesakit kronik kepada pesakit kronik yang terlibat untuk kelangsungan hidup pada masa akan datang yang boleh membantu serba sedikit kos rawatan lanjutan hospital dan ubat-ubatan.

Yayasan Pasir Gudang mendoakan agar kesemua pesakit kornik yang terlibat diberikan kekuatan, ketabahan dan cekal dalam mengharungi ujian serta semoga digantikan dengan rezeki yang melimpah ruah dan lebih baik.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top