PASIR GUDANG : Yayasan Pasir Gudang bersama YB Tuan Haji Baharudin bin Mohamed Taib, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas merangkap Pengerusi Yayasan Pasir Gudang telah selesai menziarahi 3 orang pesakit kronik di kawasan Taman Scientex dan Taman Desa Rakyat Perdana.
Pesakit kronik : Pertama
Dimulakan dengan berjumpa Encik Zainal bin Tarmiji (54 tahun) di Jalan Kancil 13, Taman Scientex yang telah lama menderita sakit buah pinggang sejak bulan November 2019.
Beliau memberitahu bahawa dirinya masih lagi berkerja (kilang) sehingga kini untuk menyara isteri dan anak-anaknya walaupun diuji dengan sakit buah pinggang, namun tidak dapat melakukan kerja-kerja yang melibatkan tenaga yang banyak.
Beliau juga turut menerima bantuan bulanan untuk kos rawatan dialisis (separuh) yang dilakukan di Hospital Pakar KPJ Pasir Gudang dari pihak SOCSO dan Baitulmal, MAIJ untuk meringankan beban tanggungan beliau disebabkan rawatan dialisis ini perlu dilakukan sepanjang hidup.
Disebabkan kesempitan kewangan yang akan dialami oleh beliau untuk merawat sakitnya itu pada masa akan datang, YB Tuan Haji Baharudin bin Mohamed Taib mengambil keputusan untuk membantu memikirkan cara dan solusi untuk keluarga Encik Zainal untuk meningkatkan pendapatan tambahan dengan mengikuti kursus-kursus kemahiran yang akan dilakukan oleh Yayasan Pasir Gudang seperti kursus pembuatan bouquet dan hamper secara percuma kepada keluarga Encik Zainal.
Menerusi kemahiran yang dipelajari, keluarga Encik Zainal terutama isteri dan anak-anak beliau dapat membantu sedikit sebanyak menambahkan pendapatan tambahan menerusi jualan produk sendiri atas talian secara applikasi yang terdapat pada masa kini seperti TikTok Shop, Shopee ataupun WhatsApp.
Pesakit kronik : Kedua
Diteruskan dengan bertemu Encik Mohadai bin Ahamad (71 tahun) di Jalan Serindit 26, Taman Scientex yang turut menderita sakit buah pinggang kronik sejak 4 tahun yang lalu (2019).
Menurut beliau, sakitnya itu mengakibatkan dirinya tidak boleh berjalan sejak tahun 2020 sehingga kini dan hanya mampu bergerak sekiranya menggunakan bantuan kerusi roda. Manakala kos rawatan dialisis yang dilakukan pada setiap minggu di Klinik Dialisis Taman Kota Masai telah dibantu anak-anaknya.
Buat masa kini, beliau dijaga dan menetap bersama dengan isterinya iaitu Puan Zainah binti Ali (71 tahun) kerana anak-anaknya tinggal berjauhan disebabkan lokasi perkerjaan.
Pesakit kronik : Ketiga
Diakhiri dengan berjumpa Encik Mohamad Azami bin Mohd Zain (44 tahun) di Blok K, Taman Desa Rakyat Perdana yang diuji dengan sakit strok kali kedua pada bulan April 2023 (strok kali pertama pada bulan Mac 2023).
Menurut perbualan dari Encik Azami itu sendiri, serangan strok pada kali pertama telah mengakibatkan sebelah badan kanannya mengalami lumpuh (separa) yang menyebabkan dirinya terpaksa berhenti berkerja sementara (pengawal keselamatan).
Walau bagaimanapun, kesihatan beliau bertambah pulih dan mampu meneruskan seperti biasa (kerja), sebelum diuji sekali lagi sakit strok pada bahagian badan yang sama yang mengakibatkan beliau tidak berkerja sehingga ke hari ini (cuti tanpa gaji) dan hanya bergantung kepada pendapatan isterinya iaitu Puan Asniza binti Tugiman (pengasuh) untuk meneruskan kehidupan.
YB Tuan Haji Baharudin bin Mohamed Taib juga memikirkan bahawa keluarga ini turut perlu dibantu dan dicarikan solusi agar keluarga Encik Azami mempunyai pendapatan tambahan bagi menampung kos rawatan dan urusan harian kerana anak-anak Encik Azami masih dibangku persekolahan.
Oleh yang demikian, YB Tuan Haji Baharudin bin Mohamed Taib turut menawarkan Encik Azami, terutama isterinya untuk mengikuti kursus kemahiran yang akan dilakukan oleh Yayasan Pasir Gudang secara percuma agar kemahiran yang dipelajari tersebut dapat digunakan sebagai modal untuk meningkatkan pendapatan keluarga.
Diakhir kunjungan di setiap pesakit kronik yang diziarahi, YB Tuan Haji Baharudin bin Mohamed Taib turut berkesemapatan menghulurkan sumbangan wang ihsan pesakit kronik Yayasan Pasir Gudang kepada mereka agar sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban kos rawatan susulan buat sementara waktu.
Semoga kesemua pesakit kronik yang dilawati hari ini sentiasa diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menjalani liku-liku dugaan terutama yang membabitkan kesihatan dan terus sentiasa bersemangat dalam membantu diri mereka untuk kembali pulih seperti sedia kala kerana tiada perkara yang mustahil atas izinNya.
![](https://mlnljar5hnab.i.optimole.com/cb:Kbu0.4ff10/w:1024/h:684/q:mauto/f:best/ig:avif/https://yayasanpasirgudang.org.my/wp-content/uploads/2023/07/WhatsApp-Image-2023-07-20-at-8.47.52-AM-1.jpeg)
![](https://mlnljar5hnab.i.optimole.com/cb:Kbu0.4ff10/w:1024/h:684/q:mauto/f:best/ig:avif/https://yayasanpasirgudang.org.my/wp-content/uploads/2023/07/WhatsApp-Image-2023-07-20-at-8.47.52-AM-2.jpeg)