PASIR GUDANG | 22 Julai 2023 : Majlis Penyerahan Wang Pendahuluan PTPTN anjuran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan kerjasama Yayasan Pasir Gudang telah selesai dilaksanakan dengan jayanya di Dewan Serbaguna Taman Mawar.

Majlis Penyerahan Wang Pendahuluan PTPTN ini telah disempurnakan oleh YB Tuan Haji Baharudin bin Mohamed Taib, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas merangkap Pengerusi Yayasan Pasir Gudang.

Alhamdulillah, seramai 807 orang penerima terpilih dari kalangan pelajar yang menetap di kawasan Pasir Gudang telah hadir dan membawa pulang sebanyak RM 1,500 bagi setiap seorang penerima.

Sebagaimana yang kita ketahui, wang pendahuluan pinjaman (WPP) PTPTN merupakan sebahagian daripada pinjaman yang diberikan sebagai pendahuluan sebelum pelajar mendaftar masuk ke Institusi Pengajian Tinggi.

Hal ini bukan sahaja dapat membantu meringankan serba sedikit beban ibu bapa dalam menyediakan kos pendahuluan anak-anak mereka dalam melanjutkan pengajian ke menara gading, bahkan dapat menyuntik semangat dalam diri pelajar untuk terus berdedikasi dan bertanggungjawab dalam mencapai cita-cita yang mereka inginkan.

Kerajaan telah memberikan pelbagai kaedah dan cara bagi merealisasikan impian pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Universiti, dan salah satu caranya adalah menerusi pinjaman PTPTN yang juga mempunyai pelbagai kemudahan di dalam proses pembayaran balik pinjaman apabila tamat tempoh pembelajaran nanti.

Yayasan Pasir Gudang mendoakan kepada semua penerima dan pelajar diluarsana agar sentiasa dipermudahkan perjalanan sepanjang menuntut ilmu dan sentiasa dibukakan pintu kejayaan yang sangat luas pada masa hadapan yang pada akhirnya akan menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara yang tercinta.

Turut hadir sepanjang majlis ini berlangsung adalah Puan Mastura binti Mohd Khalid (Ketua Pegawai Operasi PTPTN), Encik Noor Azleen bin Ambros (Pegawai Tugas-tugas khas YB Menteri Pendidikan Tinggi), Ahli-ahli Majlis MBPG, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang, Ketua-ketua kampung dan pegawai PTPTN.

#PTPTN
#YayasanPasirGudang
#PasirGudang

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top