PASIR GUDANG | 13 OGOS 2023 : Yayasan Pasir Gudang dengan kerjasama Kolej Komuniti Pasir Gudang telah selesai dengan jayanya melaksanakan kelas dan Majlis Penutupan bagi program “Tiktok for Business” bersama @sirladang di Kolej Komuniti Pasir Gudang.

Kelas ini telah berlangsung selama 2 hari yang bermula dari 12 Ogos 2023 (Sabtu) sehingga 13 Ogos 2023 (Ahad) yang terdiri dari 25 orang peserta dimana 15 orang peserta tersebut merupakan peserta kesinambungan dari program Ekonomi Rakyat (ERA) yang dijalankan sebelum ini.

Sepanjang kelas ini dijalankan selama 2 hari, setiap peserta berpeluang menimba ilmu teknik bisnes mengenai aplikasi TikTok bersama tenaga pengajar yang dijemput khas oleh Yayasan Pasir Gudang dan Kolej Komuniti Pasir Gudang iaitu Encik Ridzuan bin Khalid atau dikenali sebagai Sir Ladang bersama rakannya iaitu Encik Huzai Anuar yang dikenali sebagai Sir Huzai.

Antara fokus utama Yayasan Pasir Gudang menganjurkan “Tiktok for Business” khas buat peserta-peserta dari program Ekonomi Rakyat (ERA) bersama peserta-peserta yang lain adalah bagi membantu mendedahkan kepada peserta bahawa aplikasi TikTok juga mampu membantu diri mereka menjana pendapatan melalui penjualan produk dan bisnes mereka menerusi media sosial yang sedia ada.

Seiring perkembangan teknologi, penjualan produk dan memaparkan bisnes mereka di media sosial amatlah digalakkan kepada peserta, masyarakat atau usahawan di luarsana agar bisnes yang sedia ada berkembang maju, dapat dipasarkan ke peringkat luar negeri mahupun luar negara, dan meningkatkan taraf ekonomi bisnes serta negara.

Majlis Penutupan bagi program “Tiktok for Business” bersama @sirladang telah disempurnakan oleh YB Tuan Haji Baharudin bin Mohamed Taib, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas merangkap Pengerusi Yayasan Pasir Gudang.

Turut serta sepanjang majlis berlangsung adalah Puan Faizah binti Aboo Bakar (Pensyarah Kolej Komuniti Pasir Gudang) selaku wakil kepada Tuan Haji Norasid bin Majid (Pengarah Kolej Komuniti Pasir Gudang), Puan Shahriah binti Ismail dan Encik Yong Kok Leong (Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang).

Info lanjut mengenai Yayasan Pasir Gudang, boleh layari ke :
https://yayasanpasirgudang.org.my

#TikTokForBusiness
#YayasanPasirGudang
#KolejKomunitiPasirGudang

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top