PASIR GUDANG | 21 Mei : Yang Berhormat Tuan Haji Baharudin bin Mohamed Taib, ADUN Permas merangkap Pengerusi Yayasan Pasir Gudang meluangkan masa melawat pesakit-pesakit kronik di sekitar Taman Scientex.
[ PESAKIT PERTAMA ]
Aisy Rizqi bin Mohd Khairul Anuar, 10, bayi pramatang menghidap ( congenital nasal pyrifrom aperture stenosis ) dan juga disyaki mempunyai ( split cleft ). Pesakit telah menjalani pembedahan untuk membesarkan lubang hidung dan memotong saluran kecil di dalam hidung. Kini keadaan Aisy boleh bernafas dengan lebih baik walaupun mengeluarkan bunyi yang kuat dan masih mendapatkan rawatan susulan di Hospital Sultan Ismail dan juga Hospital Sultanah Aminah.
[ PESAKIT KEDUA ]
Khalid bin Samat, 71, seorang bapa tunggal yang menghidap diabetes kronik yang menyebabkan dua jari beliau di bahagian kaki terpaksa dipotong. Kini keadaan beliau masih dalam proses pemulihan setelah pembedahan. Beliau juga turut menggunakan lampin pakai buang kerana masih lemah untuk berjalan seperti biasa.
[ PESAKIT KETIGA ]
Qu Putera bin Abdullah, 36, pesakit kanser prostat tahap 2 sejak Ogos 2023, Beliau juga sempat mengalami penyakit hati dan hepatitis C, tetapi semakin pulih. Penyakit ini menyebabkan beliau terpaksa berhenti bekerja sejak Ogos 2023 yang lalu. Kini keadaan beliau masih menerima rawatan susulan di hospital.
Yayasan Pasir Gudang mendoakan pesakit supaya cepat sembuh daripada penyakit yang dialami agar mereka dapat menjalani kehidupan yang lebih selesa.
#YayasanPasirGudang
#ypgprihatin
