TEBRAU | 29 Mei 2024 : Ahli Lembaga Yayasan Pasir Gudang, iaitu Tuan Haji Zuraimi bin Khamis dan juga Encik Zainal Abidin bin Abu Bakar turut serta Hajah Rap’enah binti Ali Ahli Majlis Zon Kota Masai 3 menyantuni beberapa individu yang menghidapi penyakit kronik di sekitar Kg Cahaya Baru.

Perjalanan dimulai dengan bergerak kerumah pertama iaitu Nor Hayati binti Yusof, 39, pesakit buah pinggang dan menghidap dialisis sejak 12 tahun yang lepas. Beliau juga menghidap diabetes kronik dan mengalami masalah mata.

Seterusnya, Muhammad Farizuan bin Zainuddin, 30, pesakit oku sejak kecil dan menghidapi diabetes kronik. Kaki kiri beliau terpaksa dipotong. Kini beliau bergerak hanya dengan menggunakan kerusi roda sementara menunggu permohonan kaki palsu.

Perjalanan dilanjutkan lagi ke rumah Puan Kom Tom binti Jaafar, 72, menghidapi strok pada bulan Mac 2024. Beliau juga mempunyai sakit darah tinggi dan kencing manis. Kini keadaan beliau tidak kuat untuk berjalan dan perlu mendapatkan rawatan susulan. 

Disamping itu, Kamariah binti Dyiyat, 63, menghidap minor strok disebelah kiri badan pada bulan Mac 2024. Beliau juga mempunyai diabetes, gula rendah dan kolestrol. Kini Puan Kamariah tidak boleh berjalan dan mendapat kan rawatan tradisional.

Perjalanan Ziarah Kasih diakhir dengan Mohd Lazak bin Md Sheikh, 69, mengalami minor strok sebelah kiri badan sejak tahun 2020. Beliau telah menjalani pembedahan hernia pada 8 May 2024. Encik Lazak juga turut mempunyai sakit gerd dan darah tinggi. Kini keadaan beliau masih lagi tidak kuat untuk berjalan dan memerlukan pemantauan untuk proses pemulihan.

Yayasan Pasir Gudang mendoakan agar pesakit-pesakit diberikan kekuatan dan juga ketabahan untuk menghadapi ujian yang diberikan. 

#YayasanPasirGudang 
#ypgprihatin

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top